Khas buat Putri Nur Suhaily and Putri Nur Khairany anak2 mama yang tercinta.. Semoga ini menjadikan kenangan buat sayang 1 hari nanti bila mama dah tiada... Ini lah khas dari hati mama buat sayang... Segalanya disini buat tatapan sayang...
Friday, 28 December 2012
KESAYANGAN KU....
Menjaga anak perempuan tak semudah menjaga anak lelaki. Kalau kita baca kat newspaper ke mana2 banyak yang berlaku pada anak perempuan membuatkan saya jadi takut. Tapi apa pun saya cuba jadi Mama yang baik buat Putri agar dia sentiasa beringat untuk melakukan sesuatu. Amin.
Walaupun Putri dah hampir mencecah 2tahun tapi saya masih rasa yang saya gagal untuk mendidik dia menjadi anak yang dengar kata. Tak tahu la kalau memang itu perangai budak2 sebab diaorang masih tak tahu nak berfikir mana yang baik @ buruk. Memang budak2 ni susah nak dengar kata eh?
Putri suka membaling apa sahaja kalau dia tak dapat apa yang dia nak.
Pernah sekali tu kitaorang gi Pasar Malam Putri nak beli laptop mainan RM15.00 tapi saya tak bagi jadi dia pun campak laptop 2 dan jalan. Tak geram ke? Bukan tak nak belikan cuma kita nak cari yang lebih baik macam yang sekarang Putri ada Leaptop yang kami belikan lebih bagus banyak yang dia boleh belajar. Jadi sekarang ni kalau dia baling barang saya akan gertak dia dengan hanger. Dia takut. Ha tau pun takut. Tapi takkan kat luar nak bawa hanger @ rotan plak kan. Dia takut kalau ada hanger @ rotan je kalau tak ada dia lupa jadi dia akan buat hal balik! Jadi macamana nak buat?
Takkan nak selalu marah @ pukul tangan dia. Tengok sama je. Saya pun tak tahu nak buat apa jadi minta la pendapat orang. Ini apa yang sepupu saya berikan (Kak Tuty).
1.Jangan pukul anak dari lutut keatas
2.Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3.Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
4.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
5.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
6.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
7.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15.Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17.Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18.Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22.Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Anak2 perlukan sentuhan dan belaian ,bukan dengan memukul atau mengherdik.
Mungkin ada betulnya juga jadi saya akan cuba apa yang dicadangkan. Putri terlalu kecil untuk jadi apa yang saya nak. Ini adalah masa untuk dia bermain & ikut apa yang berlaku disekeliling dia. Dia masih tak dapat bezakan yang mana baik @ buruk.
Maafkan Mama kerana mengharapkan lebih dari kemampuan Sayang. Sepatutnya Mama yang kena jadi lebih penyabar dalam membesarkan Sayang.
Wednesday, 26 December 2012
ADA2 AJE!!!
Mula2 hantar Putri kat Taska semuanya ok tapi lama2 jadi k.o la plak. Kita ni bukannya cerewet tapi nakkan yang terbaik buat anak je. Cuba la kalau orang lain boleh ke hantar anak pada orang tapi jaga asal boleh je? Kita ni tiap2 bulan bayar bukan free pun. Dah la kalau lama cuti tak boleh potong duit nak kena bayar sama je tapi jaga tak betul, kalau jaga betul bayar banyak mana pun tak kisah!
Taska ni mula2 je nampak otak & pemikiran Putri berkembang lama2 dah tak.
1) Cikgu.
Cikgu yang jaga tu selalu nya paling lama pun bertahan 3 bulan je lepas 2 dah tukar orang lain. Boleh dikatakan setiap bulan akan nampak orang baru yang ganti. Tukar2 Cikgu tu bukan masalah Ibu Bapa tapi masalahnya sekarang makin lama makin teruk la plak. Ambil budak lepasan SPM, tak ada pengalaman jaga budak kecik haru biru jadinya. Bukan tau nak uruskan budak2 kecik pun.
2) Pampers.
Dah namanya remaja yang baru meningkat naik jaga budak kecik kan. Janji pampers yang dipakaikan kat budak 2 lekat kat punggung sudah la. Bukan tau adjust pun bagi ngam ke ni tak janji lekat sudah! Sebab tu la bila buang air besar sampai terkeluar habis kena seluar. Yang pelik sampai ke baju kena dekat leher! Pelik tak pelik??
3) Botol susu.
Ni bukan cuci tau tapi bilas! Janji lepas pakai bilas then tos kan air sudah la. Senang kan keje.
4) Baju.
Ada ke orang pakaikan anak baju tido waktu siang hari? Tak boleh nak bezakan antara baju siang & tido! Baju tido pakai siang, baju siang pakai petang!
5) Bau.
Selalunya kalau petang ambil Putri 2 bau dia macam orang tak mandi je. Masam! Kita ni bagi la shower gel Carrie Junior kan wangi boleh tahan lama. Kalau kat rumah mandikan dia walaupun dia main at least rambut dia still wangi tak busuk pun! Ni kalau kat Taska YA ALLAH balik ambil dia bau macam apa! Geli kadang2! Macam mandi janji basahkan badan tapi tak bersabun. Ha macam 2 la bau dia! Eeeeeee....
6) Pelajaran.
Dulu ada la juga aktiviti bila petang. Sekarang hampeh! Ada seorang dua Cikgu yang dulu tu bagus. Seorang ajar English seorang ajar Ngaji. Dulu aktiviti petang mewarna la apa la, sekarang ha lantak ko la.
7) Kebersihan.
Kalau budak selsema kan hingus meleleh je, bukan tau nak sediakan kain lap. Dibiarnya hingus 2 meleleh! Sepatutnya kalau budak tak sihat ni berilah lebih perhatian sikit. Tadi saya hantar Putri ada budak lelaki ni selsema yang Cikgu tiga2 kat dapur ntah buat apa ntah sampai orang panggil pun tak dengar! Masuk2 je tengok budak 2 hingus meleleh sampai masuk dalam mulut dah menyirap dah tengok walaupun bukan anak kita! Diaorang ni tak tahu jaga kebersihan la! Tak ke geli tengok kalau macam 2! Ishk!
Jadi setelah difikir masak2 bulan ni last la saya hantar Putri kat Taska. Berkemungkinan saya akan hantar Putri balik ke Baby-sitter yang lama. Sementara je dulu tak sampai sebulan je pun lepas 2 saya dah cuti bersalin balik Melaka. Lepas habis pantang baru la fikir mana nak hantar Putri.
Saya memang kalau boleh nak hantar kepada orang yang boleh ajar dia benda yang simple macam ABC , 123 , Ngaji. Saya tak nak dia tahu tengok TV je sekurang2 ada aktiviti yang dia boleh buat supaya otak dia berkembang.
Harap2 saya jumpa la orang yang sesuai jaga Putri & sayangkan Putri macam anak sendiri. Amin.
Sunday, 23 December 2012
HAPPY BDAY KHALYS
Serba sedikit gambar masa celebrate bday Khalys @ Adik yang pertama. Dibuat secara kecil-kecilan je. Ok la 2 untuk budak2 yang berumur setahun kan. He3!!!
Dari kiri : Keysha, Kak Tini & Abg Eddy
Depan : Khalys
Amboi sedapnya makan cake ye sayang.
( Pakai baju sama cam adik beradik lak :-) )
Busu tak beli apa2 hadiah untuk Adik tapi Busu sponsor cake bday Adik. Jadi la kan dari tak ada langsung. Cake boleh la tahan sedap tapi cream atas 2 rasa coffee la jadi tak dapat la nak makan banyak. Sebab saya tak suka baunya yang kuat & rasanya yang tak mengelerakan. :-)
Tuesday, 4 December 2012
BUDAK BIJAK
1st time pakaikan sunglassess Put3 tahu mana nak sangkut. Memang bijak kan budak2 sekarang ni. Cepat belajar & suka memerhati apa orang buat.
My own Leaptop.
Ada sebab nape Mama & Ayah belikan Leaptop ni. Sebab nanti bila Put3 duduk Melaka tak la Put3 berebut tablets Kak Keysha punya. Walaupun tak secanggih Kak Keysha punya tapi Leaptop Put3 ni sangat berguna. Ada ABC, Music & Animal.
Monday, 12 November 2012
3 BUDAK COMEL
Putri paling seronok bila balik kampung. Ye la ramai sepupu kat sanakan. Ada la geng nak mandi, main & bergaduh. Kalau kat rumah boring la juga kot sebab seorang2 je kan, kalau ada kawan main kat luar pun tak sama dengan sepupu2 sendiri. Lagipun kawan2 Put3 kat sini jarang juga kluar bermain.
Nak ajak Ayah & Mama main sama2 jarang la nak layan. Ye lah balik kerja dah penatkan kan kalau setakat main sekejap2 dengan Put3 tu ok lah. Tapi kalau wdays Put3 dah puas main dah kat Taska jadi balik malam tu dah lepak je tengok TV @ main jap je dah penat. Yang letih Mama nak layan bila time cuti. Fuhhh tak reti nak tido kadang2, main je kerjanya tak pun ambil kasut ajak kita kluar. Geram juga kadang2.
Tak pe la nanti bulan 1 Put3 dapat duduk kat kampung lama2 dengan Mama & adik. Boleh la main puas2 dengan diaorang semua kan. Tapi jangan gaduh plak nanti.
Seronoknya mandi sampai tak nak naik salin baju dah. Puas nak pujuk.
Saturday, 10 November 2012
MAMY POKO BABYLOG
Jom sama2 masuk contest ni. Upload dan cerita sikit je pasal perkembangan baby dan insyallah kalau ada rezeki menang la kalau tak tak apa pun.
Raising a baby is a truly special experience. As you watch your baby grow up before your eyes, you realise that every moment of every day, you experience moments that you want to cherish forever.
Capture all the happy and precious moments you have of your baby together with the ones you love.
The MamyPoko Babylog is a platform dedicated to parents around the world to celebrate their joys of parenthood and to cherish moments that will last a lifetime.
Record your parenthood journey with every MamyPoko Babylog. The MamyPoko Babylog will give you an everlasting treasure of memories for both parents and baby.
Sign up now and stand a chance to be one of the 20 to win 1 bag of diapers at any size every month.
http://www.mamypokoclub.com/product/babylog.html
PUTRI DAN RUSANYA
Ini adalah rusa kesayangan Putri, Ayah yang belikan. Terima kasih Ayah. Gambar ni tak clear tapi Mama nak juga post. (Dah tak ada gambar nak post.. He3!!!)
Friday, 9 November 2012
JOM MEMASAK!!!
Sekarang Putri da pandai main masak2... Dia tahu apa gunanya sudu, pinggang mangkuk, kuali , periuk & dapur gas sebab dia selalu tengok & memerhatikan Mama kat dapur... Mesti nak tengok apa je yang orang buat... Siap jadikan tupperware besar untuk jadikan "tangga" dia pada tempat tinggi... Bole gitu?
Thursday, 25 October 2012
MAAFKAN SAYA...
Saya telah berfikir yang negatif terhadap kawan2 saya... Saya minta maaf ye... Saya ingatkan diaorang nak buat semua kerja saya sebab nak buktikan kan pada Boss saya yang sememangnya tak suka saya yang saya tak boleh buat kerja... Tapi saya salah kerana diaorang tolong buat kerja saya sebab nak buktikan pada Boss saya walaupun saya cuti bersalin nanti diaorang mampu siapkan kerja saya dan Boss tak perlu nak cari pengganti saya...
Oh tidakkkk!!!! Apa yang saya dah buat ni??? Saya marahkan orang tak tentu pasal dan bermasam muka dengan diaorang... Nasib baik la hari ni saya tahu cerita sebenarnya... Tak baik kan saya ni??? Apa pun maafkan saya ye... Terima kasih kerana membantu dan menyebelahi saya...
Monday, 22 October 2012
HIPOKRIT
Saya benci orang yang hipokrit!!! Depan lain belakang lain!!! Belakang mengata bukan main lagi tapi depan amboi bukan main baik lagi... Siap back up member lagi...
Dulu masa Boss lama ada cakap akan tolong bangsa sendiri... Kita kena saling jaga diri masing2... Kalau ada salah tak nak bagitahu pada B tapi sekarang bila dah tukar Boss baru A lebih kan B!!! Salah saya siap cakap kuat2 lagi... Kalau salah yang dia buat semua tak apa!!!
Yang paling saya bengang tu kalau B curi kerja saya dia kata biarkanlah dah dia nak buat... Tapi saya dengar kalau dia bercerita dengan orang lain dia tak nak override kerja orang lain!!! Pandai plak... Ikutkan saya lagi suka kalau orang nak buat kerja saya senang la saya tak ada kerja... Kuang kuang kuang... Tapi saya tahu B buat semua kerja saya bersebab... Sebab tu la saya tak suka kalau dia ambil kerja saya!!!
Dah dia nak buat semua kerja kan jadi buat la!!! Kerja dia nape tak nak buat sendiri... Nape saya mesti nak tolong kerja dia???? A siap cakap lagi dah kalau saya tak nak buat A boleh buatkan!!! Go ahead... Saya tak kisah kalau orang nak kata saya ni selfish ke apa ke janji saya siapkan kerja saya & saya tak menyusahkan orang dengan kerja saya tapi orang yang sibuk nak menyibukkan diri dengan kerja saya!!!
Saya kalau tak suka orang saya tak perlu berpura2 depan orang tu... Macam Boss saya terus terang saya tak suka dia sebab dia selalu cari pasal dengan saya... Kalau orang lain buat salah dia tutup mata dia tapi kalau saya dia panjang2kan cerita!!! Jadi saya tak pernah wish morning ke apa dengan dia... Yang bestnya depan dia saya wish morning dekat cleaner bukan dengan dia... Ha3!!! Dia belanja makan saya tak ambil walaupun dia hulur sendiri... Saya tak suka dia jadi kenapa saya perlu berpura2?? Dia yang buat saya benci dengan dia jadi kenapa perlu berbaik @ ambil hati??
Mulai daripada sekarang saya tak nak lagi rapat / percaya dengan sesiapa!!! bagi saya Melayu ke Cina ke India ke sama je!!! Hati manusia kita tak tahu!!! Depan kita semuanya baik pijak semut pun tak mati tapi sama je BERPURA2!!!!
HANTU DI TEMPAT KERJA
Tak tahu la kalau ada sesiapa yang pernah kena macam saya kena ni... Kat mana2 pun ada je "hantu" kan... Kadang2 "dia" akan kacau kita walaupun kita tak kacau "dia" kan...
Tapi "hantu" kat tempat keje saya ni lain tau... Ni bukan "hantu" syaitan iblis ciptaan ALLAH tapi ni manusia yang nak jadi "hantu"... Ha tau tak apa kerja "hantu" ni? "Dia" ni kat tempat keje tak ada keje lain selain sembunyikan barang orang lain... Tak tahu la apa yang "dia" dapat bila "dia" buat macam tu... Tak ke buang tabaiat tu!!! Tak ada keje "dia" cari keje plak!!!
"Hantu" ni boleh plak sembunyikan barang company yang saya kena jaga... Masa hilang tu saya rileks je la... Malas pun nak cari sebab tau kat tempat keje ni memang ada "hantu gila"!!! Barang tu saya tak cari pun tiba2 je terjumpa la kat mana2 dalam office ni... Pelik kan??
Kadang2 tak fahamkan dengan manusia ni, dah elok2 diciptakan jadi manusia jadi la manusia betul2 tapi ni jadi "hantu" plak... Ntha apa ntah yang dia dapat bila buat keje macam tu... Dapat duit ke? Dapat award pekerja cemerlang ke? Hai "hantu" la "hantu" menyusahkan orang je la!!! Kalau dah tau gila jangan la keje, menyusahkan orang je la!!!! MENYAMPAH tengok "HANTU GILA" ni!!!!
Sunday, 21 October 2012
SUSTAGEN
Menarik kan Meal Carrier ni? Ha, apa tunggu lagi jom la beli Sustagen 1.3kg @ pun Twin Pack (650g x 2)... Putri minum Vanilla, sdap sangat... Kadang2 saya pun minum... He3!!!
Tuesday, 16 October 2012
NTAH LA!!!
Kadang2 rasa macam malas je nak gi keje... Bukan apa bengang pun ada... Tak tahu la ni perasaan masa mengandung ke apa... Tapi bila fikir balik sakit juga hati ni... Nak cakap depan2 takut tak boleh terima tapi bila dah pendam hati kita plak yang berdarah!!!
Dulu masa A tak baik dengan B, A ada cakap kalau salah kita jangan cakap kuat2 sampai B boleh tahu. Tapi sekarang ni bila A dah baik ngan B jangan kata salah kadang2 ada cerita yang kita tak nak B tahu pun jadi tahu...
Ni la namanya manusia... Pernah dengar tak "Melayu mudah lupa"... Ha macam tu la... Bila kita dah terkena baru nak sedar tapi bila senang kita jadi lupa... Bila dah terkena dah terlambat dah nak sedar... Nasi dah jadi bubur... Bila baik ada tu sampai semua kita nak bercerita ngan kawan kita tu... Tapi tu bila tengah berbaik la tapi bila dah bergaduh mula la bercerita buruk pasal kawan kita tu...
Saya tak tahu nak luahkan pada siapa nasib la ada Blog ni... Bila share ngan suami senang je dia jawab "Jangan layan orang macam tu!! Kalau layan sakit hati jadi abaikan je, buat je kerja kita"... Amboi senangnya cakap bukan dia kat tempat kita... Boleh ke 1 tempat kerja tapi buat2 pekak je bila diaorang cakap... Hello, bilik ni kecik je tau & dah memang kita bertiga je dalam bilik ni.... Kadang2 stress juga tapi saya kuatkan juga hati ni supaya tak nampak lemah & bergantung pada diaorang!!!
Hai, cukup la sampai sini... Kalau nak luahkan semua memang panjang berjela la jawabnya...
"YA ALLAH YA TUHAN KU, Semoga KAU kuatkan hatiku agar senang segala perjalanan hidupku... Jauhkan lah diriku dari orang yang bermuka2... Semoga ko perkukuhkan iman ku agar tidak terjebak dengan manusia yang berhati jahat... Berikan aku kekuatan menenpuh dugaan dari mu & jangan lan ENGKAU menguji diriku lebih dari kemampuanku... AMIN..."
P/S : Pada siapa yang terasa saya minta maaf, bukan nak mengutuk sesiapa tapi cuma nak luahkan apa yang terpendam... Kadang2 ada yang boleh kita bercakap depan2 tapi kadang2 tidak... Jadi renung2 kan & fikir2 kan lah ye...
BUDAK BARU BELAJAR
Rasanya ada baiknya hantar Putri ke Taska... Banyak yang dia belajar kat sana... Sangat2 berdikari sekarang ni... Bagus anak Mama... Belajar rajin2 k sayang...
Monday, 24 September 2012
CANTIK TAK???
Tuesday, 11 September 2012
AYG SAYANG BABA
Semalam Mak bagitahu yang Baba ada bagitahu Mak yang Baba penat & dah rasa lain sekarang, dah tak lama lagi dalam tahun ni juga Baba akan "pergi".... Tak semena2 air mata ni pun mula lah mengalir... Saya tak dapat bayangkan hidup saya nanti tanpa Baba... Walaupun berjauhan saya tak pernah rasa yang Baba jauh dengan saya... Hari2 kitaorang akan SMS tanya khabar... Skali skala saya akan called Baba tapi biasanya Baba akan cakap jap je, agaknya tak larat nak pegang HP lama2...
Baba memang tak kuat sangat sebab tahun 2005 Baba kena stroke... Puas kitaorang berubat, tapi ALLAH sayang Baba jadi alhamdullillah lepas 2 tahun Baba dah boleh jalan macam biasa walaupun tak sekuat dulu... Baba memang seorang yang kuat semangat... Bayangkan lah sebelum dia betul2 tak boleh bergerak Baba masih bawa motor balik rumah.... Masa tu Baba dah rasa lemah sebelah kanan tapi gagahkan juga bawa motor sampai rumah... Sampai je rumah Baba tersandar kat kerusi kata tak boleh bergerak...
Baba didik kami dengan baik & lengkap didikan sebagai manusia (cuma anak2 je yang tak tahu nak menghargai) walaupun berkerja hanya sebagai tukang masak... Bayangkan la gaji sikit je pun tapi masih mampu bagi anak2 pelajaran yang cukup... Tingkatan 4 saya dah ada lesen motor dah... Tingkatan 5 dah ada motor sendiri... Motor EX-5 ok... He3!!! Kan dah cakap Baba memang baik... Masa tu saya complaint sebab leceh la S.M.T.M.T susah tau nak dapat bas... Dah la balik sekolah tengah hari, panas tau... Kadang2 Baba datang ambil kat sekolah lepas tu kelam kabut gi kerja, ye la lunch hour kan busy... Tak pun kadang2 saya hantar Baba kat keje lepas tu bawa la motor balik, petang ambil la balik Baba kat kerja... :-)
Ingat lagi masa mula2 belajar bawa motor kat belakang rumah sekali terperah minyak habis accident... Bawa sendiri plak tu tak ada orang tengokkan... Saya melecet kat kaki & tangan tapi motor agak teruk la... Takut Baba mesti marahkan, lari la masuk bilik menangis tapi Baba datang tengok luka & katanya motor boleh baiki tapi anak tak ada penggantinya... Walaupun motor tu motor buruk je tapi Baba sayang motor tu & rasa bersalah juga ye la kita bukan orang senang tapi saya suka2 je tak berhati2... Nak repair motor pakai duit bukan daun...
Saya memang rapat & manja dengan Baba & Mak, mungkin sebab saya yang bongsu kot... Sampai dah kahwin ni pun tak kisah kalau balik sekali skala tido dengan Baba & Mak... Memang dari kecik kalau ada orang datang rumah saya akan tido dengan Baba... Baba juga yang tukarkan pampers/ lampin saya bila Baba ada kat rumah... Yang kelakarnya sampai dah sekolah rendah pun masih berlampin... Ha3!!! Bukan tu je hisap susu dalam botol pun ye juga... Hi3!!!
Baba tak pernah marah anak2 dia, selalu bagi kebebasan pada anak2... Tegur dengan cara yang lembut... Cuba sedaya upaya tunaikan permintaan anak2... Dulu masa kecik Ayang pernah lari dari rumah dari JB Ke Melaka rumah Mami sebab kecil hati dengan Mak, Baba yang datang pujuk Ayang balik... Sikit pun Baba tak marah Ayang... Bila balik rumah Mak marah sangat tapi Baba tenangkan Mak... Baba didik anak2 dengan penuh kelembutan & kelembutan tu la yang menjadikan kita sentiasa beringat sebelum melakukan sesuatu...
Ayang sayang Baba.. Ayang doakan semoga Baba panjang umur... Kalau boleh biarlah Ayang yang pergi dulu supaya Baba boleh tolong Ayang jagakan anak2 Ayang nanti.. Ayang yakin Baba boleh besarkan diaorang dengan penuh kasih sayang macamana Baba besarkan Ayang... Kalau yang ke2 ni lelaki Baba boleh jadikan dia iman macam Baba... Walaupun kita miskin tapi semua orang respect Baba sebabkan akhlak Baba yang sangat mulia... Baba tak pernah marah & cari gaduh dengan orang walaupun orang tu sakitkan hati Baba... Baba seorang yang sangat penyabar.. Baba boleh jaga Putri & jadikan dia anak yang solehah... Putri pun sayang sangat kat Baba... Dia tahu Atok dia seorang yang sangat baik hati...
Banyak rasanya Ayang nak tulis pasal Baba tapi rasanya cukup la sampai sini dulu... Apapun Ayang doakan semoga Baba sentiasa sihat... Maafkan Ayang kalau ada yang melukakan hati Baba... Ayang tahu Baba kecil hati dengan kitaorang tapi Baba tak cakapkan... Percayalah kalau Ayang mampu Ayang akan bagi segala kesenangan yang kita tak dapat miliki sebelumnya... Ayang sayang Baba sangat2...
Wednesday, 5 September 2012
HAI LA HATI....
Banyak benda yang saya nak luahkan tapi tak tahu la pada siapa yang akan faham... Memang tak sesuai nak luahkan kat Blog @ FB... Hai kalau tak luahkan hati yang sakit tapi bila luahkan takut orang salah faham plak... Tak ada niat nak memburukkan @ mengaibkan sesiapa cuma rasanya dah tak tahan lagi nak menanggunng @ mungkin sekarang ni tengah berbadan dua jadi memang slalu suka fikir yang macam2 agaknya... Ntah la...
Kita selalu harapkan yang terbaik dalam hidup kita kan? Tapi bila datangnya dugaan & cabaran kadang2 kita tak kuat nak hadapinya... Mula la kita fikir yang bukan2... Apapun saya harap yang terbaik dalam hidup saya...
Semoga ALLAH memberi saya kekuatan & kesabaran dalam menempuh segala dugaan yang mendatang... Semoga ALLAH dapat memberi kami sekeluarga kesihatan yang baik & ketenangan hati agar hidup kami lebih bahagia... Semoga ALLAH membuka pintu hati kami menuju ke jalan yang diredhai... Amin...
Tuesday, 4 September 2012
PUTRI & BUNGA API...
He3!!! macam dah lambat je nak post cter pasal bunga api ni kan? Tapi apa pun nak post juga... Ha3!!!
1st time Putri main bunga api, mula2 dia takut tapi lama2 tengok Mama & Ayah main dia pun syok agaknya... Tapi ada skali tu Putri terpegang lidi bunga api yang baru je habis terus dah tak bagi dia main lagi... Cepat2 letakkan colgate nasib ok tak melecur kalau tak kesian anak Mama... Jiran bagi pun tak bagi Putri main kitaorang yang mainkan... Ha3!!!
"Takut takut takut, lari lari lari selamatkan diri...."
"Nak main bunga api tak?"
Untuk keselamatan semua orang sangkutkan je bunga api kat gate... Hu3!!!
Berpeluh dia main bunga api....
Sunday, 2 September 2012
GAYA TIDO SEORANG PUTRI...
Berat betul dia nak buka mata... He3!!! Ngantuk sangat ke... Ngantuk tido la lagi...
Aik, termenung plak... Pkir apa tu??
Mak ai tertonggeng tido!!!
Macam2 gaya ark anak Mama ni tido...
Thursday, 30 August 2012
RAYA! RAYA! RAYA! 2012
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN...
Rasanya tak lambatkan nak upload gambar Raya, yelah Raya kan sebulan... Hi3!!!
Tahun ni yang bestnya 1st day Raya kat rumah saya & family saya semua ada... Best kan... :-) Setiap tahun kita memang bergilir2 Raya kat dua2 belah keluarga... Malam Raya kat rumah mertua... Ingat nak tolong la kemas apa2 yang patut tapi Put3 plak buat hal, nak berkepit je... Ishk geram je....
Yang boringnya Raya ke2 dah kena balik KL sebab husb keje... Boring sangat2!!! Oleh kerana dah tahu boring kan kat KL jadi bagi la Put3 ikut Ateh & Mak Lijah beraya kat Singapore... Kesian juga la kat Put3 kalau ikut balik KL sebab tak ada apa2, sunyi je.. Mau taknya semua orang balik kampung... Tapi apa2 pun Put3 enjoy kat Singapore ada ramai kawan & jalan sakan... He3!!!
Put3 baik tau kalau tak ada Mama... Budak yang paling baik dia la... Tapi kalau ada Mama dia la budak yang paling ngada2!! Boleh buat hal raya pertama tu nak berdukung je... Kita ni dah la macam ni tak larat nak layan kan kerenah dia plak.. Geram je tengok... Nak bermanja sebelum berjauhan kot.. Layan kan je la...
Raya pertama : Rumah Cik Ali
Mak Lijah pangku Adik (Khalys) & saya
(Satu je gambar raya Pertama... Hu3!!!)
Raya ke2 : Rumah Ayah Ali (Spore)
Putri & Keysha kena lock kat luar ke? Nakal sangat la tu...
Seksi la plak anak Mama ek...
Anak buah tersayang : Keysha, Anggun & Afiq...
Kesian anak Mama nampak separuh je... Hi3!!!
Family Kak Tini..
(Ada juga gambar family kan, kita tak ada pun.... :-( )
Gambar family...
Ishk ishk ishk sedihnya kita, husb & Baba tak ada pun... :-(
"Hello Mama, Put3 rindu Mama... "
Raya ke5 : Put3 baru balik dari Singapore... Rindu kat anak Mama...
Raya ke6: Jalan Raya ke PD rumah Kakak Baba..
Budak ngada2 ni memang terlebih tak nak duduk dengan Ateh, Nenek & Atok...
Mak & Baba tercinta...
Baba happy sangat dapat gi rumah Kakaknya... Ye la walaupun dekat tapi jarang jumpa kan...
Ateh nak berposing tak kira tempat...
Comelnya kita :-) ...
Bersama anak tersayang & tercinta selamanya...
Mak, Cik Bajir (Oku), Cik Nyah & Baba...
(Dua2 ni Kakak Baba)
Nak juga Put3 bergambar ngan Atok & Nenek Bajir...
Subscribe to:
Posts (Atom)