Wednesday 26 December 2012

ADA2 AJE!!!



Mula2 hantar Putri kat Taska semuanya ok tapi lama2 jadi k.o la plak. Kita ni bukannya cerewet tapi nakkan yang terbaik buat anak je. Cuba la kalau orang lain boleh ke hantar anak pada orang tapi jaga asal boleh je? Kita ni tiap2 bulan bayar bukan free pun. Dah la kalau lama cuti tak boleh potong duit nak kena bayar sama je tapi jaga tak betul, kalau jaga betul bayar banyak mana pun tak kisah!

Taska ni mula2 je nampak otak & pemikiran Putri berkembang lama2 dah tak. 

1) Cikgu. 
Cikgu yang jaga tu selalu nya paling lama pun bertahan 3 bulan je lepas 2 dah tukar orang lain. Boleh dikatakan setiap bulan akan nampak orang baru yang ganti. Tukar2 Cikgu tu bukan masalah Ibu Bapa tapi masalahnya sekarang makin lama makin teruk la plak. Ambil budak lepasan SPM, tak ada pengalaman jaga budak kecik haru biru jadinya. Bukan tau nak uruskan budak2 kecik pun.

2) Pampers.
Dah namanya remaja yang baru meningkat naik jaga budak kecik kan. Janji pampers yang dipakaikan kat budak 2 lekat kat punggung sudah la. Bukan tau adjust pun bagi ngam ke ni tak janji lekat sudah! Sebab tu la bila buang air besar sampai terkeluar habis kena seluar. Yang pelik sampai ke baju kena dekat leher! Pelik tak pelik??

3) Botol susu.
Ni bukan cuci tau tapi bilas! Janji lepas pakai bilas then tos kan air sudah la. Senang kan keje.

4) Baju.
Ada ke orang pakaikan anak baju tido waktu siang hari? Tak boleh nak bezakan antara baju siang & tido! Baju tido pakai siang, baju siang pakai petang!

5) Bau.
Selalunya kalau petang ambil Putri 2 bau dia macam orang tak mandi je. Masam! Kita ni bagi la shower gel Carrie Junior kan wangi boleh tahan lama. Kalau kat rumah mandikan dia walaupun dia main at least rambut dia still wangi tak busuk pun! Ni kalau kat Taska YA ALLAH balik ambil dia bau macam apa! Geli kadang2! Macam mandi janji basahkan badan tapi tak bersabun. Ha macam 2 la bau dia! Eeeeeee....

6) Pelajaran.
Dulu ada la juga aktiviti bila petang. Sekarang hampeh! Ada seorang dua Cikgu yang dulu tu bagus. Seorang ajar English seorang ajar Ngaji. Dulu aktiviti petang mewarna la apa la, sekarang ha lantak ko la.

7) Kebersihan.
Kalau budak selsema kan hingus meleleh je, bukan tau nak sediakan kain lap. Dibiarnya hingus 2 meleleh! Sepatutnya kalau budak tak sihat ni berilah lebih perhatian sikit. Tadi saya hantar Putri ada budak lelaki ni selsema yang Cikgu tiga2 kat dapur ntah buat apa ntah sampai orang panggil pun tak dengar! Masuk2 je tengok budak 2 hingus meleleh sampai masuk dalam mulut dah menyirap dah tengok walaupun bukan anak kita! Diaorang ni tak tahu jaga kebersihan la! Tak ke geli tengok kalau macam 2! Ishk!

Jadi setelah difikir masak2 bulan ni last la saya hantar Putri kat Taska. Berkemungkinan saya akan hantar Putri balik ke Baby-sitter yang lama. Sementara je dulu tak sampai sebulan je pun lepas 2 saya dah cuti bersalin balik Melaka. Lepas habis pantang baru la fikir mana nak hantar Putri. 

Saya memang kalau boleh nak hantar kepada orang yang boleh ajar dia benda yang simple macam ABC , 123 , Ngaji. Saya tak nak dia tahu tengok TV je sekurang2 ada aktiviti yang dia boleh buat supaya otak dia berkembang.

Harap2 saya jumpa la orang yang sesuai jaga Putri & sayangkan Putri macam anak sendiri. Amin.

No comments:

Post a Comment