Friday, 28 December 2012

KESAYANGAN KU....



Menjaga anak perempuan tak semudah menjaga anak lelaki. Kalau kita baca kat newspaper ke mana2 banyak yang berlaku pada anak perempuan membuatkan saya jadi takut. Tapi apa pun saya cuba jadi Mama yang baik buat Putri agar dia sentiasa beringat untuk melakukan sesuatu. Amin.

Walaupun Putri dah hampir mencecah 2tahun tapi saya masih rasa yang saya gagal untuk mendidik dia menjadi anak yang dengar kata. Tak tahu la kalau memang itu perangai budak2 sebab diaorang masih tak tahu nak berfikir mana yang baik @ buruk. Memang budak2 ni susah nak dengar kata eh?

Putri suka membaling apa sahaja kalau dia tak dapat apa yang dia nak.
Pernah sekali tu kitaorang gi Pasar Malam Putri nak beli laptop mainan RM15.00 tapi saya tak bagi jadi     dia pun campak laptop 2 dan jalan. Tak geram ke? Bukan tak nak belikan cuma kita nak cari yang lebih baik macam yang sekarang Putri ada Leaptop yang kami belikan lebih bagus banyak yang dia boleh belajar. Jadi sekarang ni kalau dia baling barang saya akan gertak dia dengan hanger. Dia takut. Ha tau pun takut. Tapi takkan kat luar nak bawa hanger @ rotan plak kan. Dia takut kalau ada hanger @ rotan je kalau tak ada dia lupa jadi dia akan buat hal balik! Jadi macamana nak buat?

Takkan nak selalu marah @ pukul tangan dia. Tengok sama je. Saya pun tak tahu nak buat apa jadi minta la pendapat orang. Ini apa yang sepupu saya berikan (Kak Tuty).

1.Jangan pukul anak dari lutut keatas

2.Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3.Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

4.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.

5.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15.Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17.Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18.Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22.Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Anak2 perlukan sentuhan dan belaian ,bukan dengan memukul atau mengherdik.




Mungkin ada betulnya juga jadi saya akan cuba apa yang dicadangkan. Putri terlalu kecil untuk jadi apa yang saya nak. Ini adalah masa untuk dia bermain & ikut apa yang berlaku disekeliling dia. Dia masih tak dapat bezakan yang mana baik @ buruk.

Maafkan Mama kerana mengharapkan lebih dari kemampuan Sayang. Sepatutnya Mama yang kena jadi lebih penyabar dalam membesarkan Sayang.

No comments:

Post a Comment