Saturday 23 February 2013

PUTRI NUR KHAIRANY


11.2.2013

4.30am - Terasa sakit sikit2 macam sengugut tapi jap sakit jap ok dan kluar tanda lendih + darah. Tahan sakit sampai sakit betul2 baru nak pergi Hospital. Malas nak masuk hospital lama2 sebab kesian kan Putri Nur Suhaily.

11.30am - Keluar lagi lendih + darah dan makin sakit. Confirm "jalan" dah buka cuma tak tahu berapa je. Ajak Syah balik Bukit Beruang dulu sebab mak cakap hari ni nak masak nasi lemak makan ramai2 dengan keluarga Kak Sue lepas tu baru gi Hospital. Otw ke Bukit Beruang Kak Tini kata nak beli kek untuk celebrate bday Kak Sue. Ok la tapi kena cepat la sebab dah makin sakit dah.

2.00pm - Sampai Hospital. Tak sempat pun tunggu kak Tini balik bawa kek & pendek cerita tak dapat pun join diaorang celebrate bday Kak Sue. Doctor cek "jalan" dah buka 4". Cek jantung baby semua ok.  Terus diaorang hantar ke wad bersalin.

3.00pm - Doctor cek "jalan" dah buka 6". Sakit memang sakit tapi on off la sakit tu. Masa kat wad bersalin pun Doctor masih cek jantung baby. Boleh plak orang tengah sakit dia nak kita mengiring ke kiri, katanya jantung baby mendatar je, baby tido jadi nak kena kejutkan
. Bukan tak nak mengiring ke kiri tapi lebih selesa ke kanan. 

3.30pm - Doctor cek "jalan" dah buka sepenuhnya jadi dia suruh teran keluarkan baby. Teran bape kali kepala baby dah keluar. Alhamdullillah. Macam tak caye je. Doctor suruh teran lagi sebab bahu dia tak lepas. Teran 2 3 kali baby pun kluar tepat jam 3.44pm.

3.44pm - Baby kluar berat 2.8kg. Baby kluar je dia bukan nangis tapi batuk "uhuk uhuk uhuk"... Ha3!! comel sangat masa dengar tu. Ye la masa tengah tunggu hari tu saya batuk. Nurse suruh tengok jantina baby (pompuan). Tak pe la dapat 2 orang Putri janji semuanya selamat. Nurse bagi baby kat suami untuk azan kan. Saya plak kat dalam ingat baby dah kluar dah selamat. Skali dia korek2 lagi katanya uri tertinggal kat dalam. Pergh punya la sakit. Uri dah kluar dia korek2 tekan2 lagi bagi darah beku kluar. Masa tu hanya ALLAH je yang tahu betapa sakitnya. Dah tu dia jahit plak kat "bawah", yang best nya siap berbual lagi tu ngan kawan dia. Kali ni jahit memang terasa sakit giler. Sampai cakap kat dia dah la tu tak payah jahit. Ha3!!!

4.30pm - Semua dah siap. Diaorang bagi suami masuk bilik bersalin temankan isteri sekejap sementara nak tolak ke wad. Masa ni saya penat sangat2 nak tido mana taknya dah la sebelum "berperang" makan sikit lepas tu sakit kena "korek" kena jahit lagi. 

5.15pm - Diaorang bagi saya menyusu kan baby, katanya baby dah haus sampai hisap2 jari. Masa baby mula menyusu saya rasa semua sakit yang saya lalui tadi semuanya lenyap. YA ALLAH betapa saya bersyukur berpeluang menyusu kan anakku YA ALLAH. (Masa Putri Nur Suhaily saya tak berpeluang meyusu kan dia sebab dia tak nak menyusu badan. Saya pam susu masuk dalam botol bagi dia)

6.00pm - Masuk wad. Semua keluarga dah menunggu saya & baby. Bila nampak Putri saya jadi sedih. Rasanya belum puas dia bermanja dengan saya tiba2 dah dapat adik. Apa pun ni rezeki ALLAH. Sampai wad nurse kat sana plak cek "bawah". Sekali tengok darah beku saya masih ada lagi. Lagi skali kena tekan korek semua. YA ALLAH betapa sakitnya menjadi seorang Ibu ni kan. Patut la ALLAH letak syurga itu dibawah telapak kaki Ibu. Mana taknya masa nak melahirkan Ibu berperang dengan nyawa.





Lepas 3 jam kluar, Khairany putih sangat. Semua macam tak caye je. He3!!






Sekarang makin gelap. Ha3!!!


Putri Nur Khairany (Cahaya Kebaikanku / Kebahagianku)

Wednesday 6 February 2013

6th February 2013



Sepatutnya tarikh 6th Feb 2013 Baby Mama dah lahir dah tapi anak Mama tak bersedia lagi nak kluar agaknya. Sedangkan semua orang dah excited sangat nak jumpa dia. Mummy Sue pun nak balik CNY ni semata2 nak tengok dia & Atok. Tak tahu la Mummy Sue sekeluarga dapat jumpa sayang ke tak sebelum mereka balik semula ke Singapore pada 12th Feb 2013 ni. Kebetulan pula Doctor bagi tarikh tu untuk "paksa" sayang kluar kalau sayang tak nak keluar2 lagi.

Hai la anak Mama sayang, kluar la cepat sayang. Mama & semua orang dah tak sabar nak jumpa sayang ni. Mama tak sabar nak tido peluk sayang ni. Kak Put3 dah besar jadi dia rimas agaknya lau orang peluk dia. Dah akak2 la katakan. :-)

Anak Mama jangan merajuk dengan Mama k sampai nak "dera" perasaan Mama tak nak kluar2 dari perut Mama. Percaya la kami semua sayang kan sayang.

Friday 1 February 2013

PUTRI RINDU AYAH!!



Dah 15hari Putri & Mama duduk kat Melaka nak menunggu kelahiran Adik. Memang Mama sengaja balik Melaka awal sebab Mama dah tak larat lagi, selalu sakit perut & kaki. Yang terbaru ni Mama dah start selsema & batuk. Hai dugaan.

Tapi Putri baru je berpisah ngan Ayah 5 hari. Walaupun 5 hari Putri dah rindu sangat dengan Ayah. Hari2 ajak Mama balik nak Ayah. Semalam sebelum tido Putri ajak Mama balik lagi nak Ayah. Tak sampai hati rasanya tengok Putri macam ni, jadi Mama bagi Putri tengok gambar Ayah sampai la dia terlelap sambil pegang HP Mama.

Sabar ye sayang, Adik kluar Mama berpantang sebulan kat Melaka lepas tu terus kita balik KL ye duduk ngan Ayah. Diaorang ni bila berjumpa nak bergaduh je tapi dah berjauhan pandai plak nak rindu2an. He3!!

Tuesday 29 January 2013

HAPPY 2ND BDAY!!


25th January  bday Put3 yang ke-2. Dah besar anak Mama. Tahun ni kita tak buat besar2an macam tahun lepas al-maklum la ada "insiden yang tak menyenangkan" berlaku tahun lepas kan. Ha3!! Jadi sebagai langkah berhati2 kita celebrate secara kecil2an bersama kedua2 belah family. Kali ni kita buat kat rumah belah Ayah.



Rainbow m&m cake with roll waffle.



Sedikit makanan untuk tetamu.






 Bacaan doa oleh Tok Wan.



Potong cake dengan Mama & Ayah.




Dari kiri : Keysha , Put3, Mama & Era pun nak potong gak!





Yeh jom makan!


Mama & Put3.


Duduk atas dari kiri :  Mak Ngah Tini, Pak Ngah Eddy
Bawah : Cik Aji


Dari kiri : Nenek Lijah , Mak Wan Ramlah.





Dari kiri ; Tok Wan Samah & Atok Din


Wednesday 16 January 2013

50 TANDA ORANG MUNAFIK


Sebenarnya saya baru je add Koleksi Kata2 Ustaz Azhar Idrus. Banyak juga kata2 yang dapat memberi semangat serta bimbingan. Nanti saya share apa yang menarik minat saya k. Sekarang ni dulu yang saya nak share walaupun semua orang dah tahu kan.


50 Tanda Orang Munafik :
1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada  Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam Jual Beli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t  Apabila Melakukan Dosa
31.Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecah-belahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman Bodoh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.Berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.
Adakah masih yang belum takut dengan azab Allah? Nak tahu apa siksaan bagi orang-orang munafik?
Petak pertama neraka di duduki oleh kaum Yahudi Laknatullah
Petak kedua di duduki oleh Fir’aun
Petak ketiga pula diduduki oleh pemerintah yang zalim
Kemudian, Peniaga yang menipu.
Di manakah tempat orang-orang munafik? adakah di petak kelima, keenam, atau ketujuh? SALAH!!
Orang-orang MUNAFIK akan menduduki petak yang paling bawah sekali!! Jika Yahudi di petak yang pertama, golongan ini akan berada lebih bawah dari kaum Yahudi! Kaum munafik ini diibaratkan sebagai ranting yang digunakan untuk menyalakan api.
MasyaAllah!! semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan munafik ini.. Nau’zubillah..

Monday 14 January 2013

MENDUKACITAKAN!!!



Situasi di Klinik Kesihatan (Appointment 2pm) :

1.30pm - Register ambil no
2.00pm - Bagitau "pencari buku" yang sebelum ni datang pun memang buku ngandung  kat klinik tak ada, tak tahu la mana dah hilang! Dia boleh nak salahkan kita tak ikut appointment yang ditetapkan sebab tu buku ngandung tu tak tahu mana gi. Eh bukan boleh tukar appointment ke kalau ada hal janji informed diaorang minta tukar!
2.30pm - Dah bengang. Yang datang lambat pun dah ambil berat & tekanan darah.
3.00pm - Degil orang cakap tak nak dengar last2 pakai juga kertas kosong lain gantikan buku! Kertas yang dulu pun ntah mana hilang! Dah tu boleh plak no giliran kita ilang!

Nurse : Mana no giliran awak?
Saya  : Mana la saya tahu tanya la dia (sambil tunjuk pada pencari buku ngandung) dengan nada yang tak puas hati!
Nurse : Kak, mana no giliran dia?
Pencari buku : Awak ada ambil no giliran tak tadi?
Saya  : Mesti la ada kalau tak takkan buku saya ada dekat awak plak! (sambil tunjuk no giliran)

3.05pm - Ambil tekanan darah tinggi sampai 133! Mau taknya tengah menyirap! Bagi rileks sikit baru ok.
4.00pm - Settle semua.

Kalau tak ada masalah macam tu semua cepat je pun boleh settle tapi tak tahu la apa yang diaorang ni semua buat sesuka hati je hilangkan buku kita lepas tu nak salahkan kita. Nak cari buku tu semua masa!masa!masa! tau tak? Berjam2 cari buku tak jumpa last2 pakai juga kertas kosong! Ni semua buang masa orang dan menaikkan darah orang!

Monday 7 January 2013

PRINCESS NUR SUHAILY...





Cantik tak saya?



Geram betul tengok kan dia. Ada main bedak? Tak ada benda lain lagi nak main ke??


Amboi amboi amboi. Bukan main lagi dia ye.


Bersantai sambil bermain piano.



Wow!! Cun la dia.


Sunday 6 January 2013

KAWAN BARU!!


Kebiasaannya ada satu masa budak2 akan bercakap sorang2. Itu normal ke? Saya tak pasti la tapi saya takut la juga kalau Put3 cakap sorang2 siap ngan perbuatan badan skali. Ada orang kata tak baik dalam rumah ada patung melainkan patung tu dibuat main tak apa la kalau dibuat perhiasan memang tak baik takut ada yang menyinggah duduk atas.

Bila difikir balik ada benarnya juga. Saya sendiri ada pengalaman yang mana anak buah saya bermain dengan "makhluk lain" yang selalu hinggap pada patung2 yang berada di dalam rumah. Pada mulanya mereka berkawan tapi lama2 dia akan mengacau & menakutkan plak. Ye la mula2 tu siap bermain & bercakap lagi tapi lama2 bila nampak "kawan" dia anak buah saya jadi takut & menangis. Sehingga la dibuang kesemua patung yang ada tu  baru lah anak buah saya tidak diganggu lagi. Ini pun atas nasihat seorang ustaz yang tengok rumah kami.

Semalam Put3 tengah makan kerepok tiba2 dia berdiri dekat pintu bilik depan yang mana ada tent dia yang penuh dengan mainan & patung dia cakap apa ntah lepas tu dia tanya "nak? nak? sambil menghulurkan kerepok tersebut." Pergh seram sejuk juga dibuatnya sebab teringat akan anak buah saya pernah cakap sorang2 tapi sebenarnya ada "kawan". Eeeee takutkan. Macam dalam citer Child Play plak! He3!!! Bila tanya cakap ngan siapa dia diam. Malam tido tiba2 menangis ketakutan.



Kesemua patung akan dibuang kecuali Mia je. Sebab Mia ni kawan Put3 selalu dia bawa main. Harap2 tak ada yang mengganggu Mia la kan.



Sayang la juga nak buang patung2 tersebut sebab kesemuanya pemberian dari orang masa Bday Put3. Macam tak sampai hati plak tapi terpaksa la juga. Harap maaf ye pada pemberi hadiah tersebut.