Thursday, 12 April 2012

CINTA BUAT EMELDA

Setiap hari isnin-khamis 7pm mesti tengok cter CINTA BUAT EMELDA.. Best sangat!! X kira la sampai bergaduh2 ngan husb... He3!!! Dia memang dengki sebab heronya Fizo Omar, nasib baik ada 2tv... Hu3!!! Cter yang penuh ngan teladan, kasih sayang & pengorbanan.. Teladan kepada wanita agar menjaga maruah & harga diri, x semua orang boleh terima kita seandainya "perkara buruk" berlaku pada kita x ksah la samada sengaja @ x...

Cter ni mengisahkan pengorbanan seorang wanita melahirkan anak luar nikah, pengorbanan seorang adik kepada kakaknya, pengorbanan orang tua terhadap anaknya, penghormatan anak kepada ibunya, kasih seorang sahabat & pengertian seorang bekas kekasih... Cter ni boleh dikatakan cter yang memberi manfaat kepada semua orang, beri teladan & penginsafan kepada semua orang...


Cinta Buta Emelda mengisahkan kesanggupan Emelda mengorbanankan masa depannya kerana mempertahankan kakak nya Emelia... Kagum juga dengan Mikail kerana sudi menjadi kawan baik walaupun pernah dilukai... Aeril Fatah seorang lelaki yang agak baik kerana sudi bertanggungjawab walaupun sudah 7 tahun berlaku perkara yang mungkin x dijangka... Aeril juga berani melepaskan kekasih nya hanya kerana ini bertanggungjawab & menjaga Dania.. Kasihan Dania kerana dia adalah mangsa... Seorang kanak2 yang pintar & bijak tapi sayangnya adalah status dia sebagai ???????  Apa yang akan berlaku kepadanya bila besar nanti???
 
 
Pada isteri2 semua harus la bersyukur kerana diberi peluang untuk berkahwin, melahirkan anak & merasai kegembiraan walaupun kadang2 ada sedihnya.. X ada manusia yang perfect jadi kalau bergaduh skali skala 2 adat la org berumah tangga... Dari situ la kita belajar untuk menjadi lebih bagus untuk pasangan... Kerana ada wanita di luar sana yang x berpeluang berkahwin & melahirkan anak secara sah @ halal...

Pada wanita yang menjalinkan hubungan sebelum berkahwin berfikir la kerana apa yang akan berlaku selepas ini bukan untuk kamu sahaja tapi melibatkan banyak pihak... Bayangkan sekiranya bayi yang kamu lahirkan kelak adalah perempuan... Apa yang akan jadi padanya??? Bagaimana bila dia membesar & hendak berkahwin??? Bagaimana perasaan nya ketika di sekolah?? Apa yang akan kamu katakan pada bayi tersebut???

Terima kasih kepada David Teo kerana  menerbitkan Cinta Buat Emelda, adanya cter ni memberi teladan kepada semua & juga kepada pelakon yang menjayakan cter tersebut.. Cter ni sangat2 memberi kesan kepada saya. Tahniah kerana berjaya membawa watak masing2 & sampai kepada penonton.. Adik Mia Sara lakonan  adik mantap sangat, comel la adik ni... :-)

Kita harus mengambil ikhtibar dari cter tersebut... Tapi jangan la sampai kita memandang rendah pada kanak2 yang x berdosa serta kepada wanita yang menjadi mangsa lelaki yang x bertanggungjawab...

Saya bersyukur sangat kerana dikurniakan seorang suami & anak... Terima kasih YA ALLAH...




P/s : Bukan nak pandai2 bagi "ceramah" tapi terpanggil untuk berkongsi apa yang dirasa... Maaf kepada sesiapa yang x suka...


No comments:

Post a Comment