Sape tengok Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 8th April 2012 di TV3? Sape minat Aaron Aziz??? Giler tak minat handsome 2, dah la handsome kacak lagi, dah la kacak pandai berlakon lagi... Zed Zaidi pun apa kurangnya... :-) Aaron Aziz menang Anugerah Bintang Paling popular 2012.. Aaron memang layak menang sebab lakonan dia memang mantap dalam Ombak Rindu, KL Gangster, Nora Elena, Pisau Cukur, Emil Emilda dan banyak lagi la & setiap lakonan nya memberi kesan kepada penonton... Tapi rasanya ada yang lebih layak contohnya Shahiezy Sam kerana kalau kita tengok banyak juga dia berlakon Filem & lakonan dia pun tak kurang hebatnya... Tak pun Adi Puta.. Syamsul Yusof pun ok juga... Angah Raja Lawak pun boleh tahan juga, dah glamour dah dia banyak berlakon filem tu.. Zizan & Johan Raja Lawak tak best ke?? Best apa, lagi kelakar... Maya Karin pun ok sebab lakonan dia dalam Ombak Rindu "power", Cun pun menarik juga... Alah siapa sahaja la janji WARGANEGARA MALAYSIA...
Ye la ini kan pengikhtirafan untuk artis-artis MALAYSIA yang dah berkerja keras.. Bagi la mereka peluang untuk merasa "Anugerah" setelah apa yang mereka buat untuk menghiburkan kita semua... Memang la artis luar pun banyak membantu dalam menaikkan Industri Perfileman MALAYSIA tapi cukup la rasanya mereka sekadar menumpang mencari rezeki daripada negara kita... Mereka dapat duit daripada kerja nya & kita dapat hiburan daripada lakonan mereka.. Tapi "Anugerah" kita beri peluang kepada rakyat MALAYSIA.. HIDUP MALAYSIA!!!!
Tak banyak sedikit saya setuju dengan Zed Zaidi... Bukan dia dengki pada Aaron tapi kita sebagai rakyat MALAYSIA akan lebih berbangga jika rakyat MALAYSIA sendiri yang dapat Anugerah Bintang Paling Popular... Dah tentu la Anugerah tersebut di buat di MALAYSIA & dari MALAYSIA... Kita haruslah menyokong warganegara MALAYSIA kan.. Sedikit cebisan dari blog Zed Zaidi http://zedzaidi.blogspot.com/
WAHAI.. ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA...!! KITA DI JAJAH SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI? SIKIT SIKIT ARTIS LUAR MASUK, TAK KIRA YANG BUAT KONSERT TERMASUK YANG BERLAKON, BELUM CAMPUR JADI PENGACARA LAGI? HMMM... DI MANA ARTIS MALAYSIA NI? MEMANG PERSAINGAN ITU SIHAT, TAPI SIHAT KE KITA DI NEGARA SENDIRI? KEPADA ARTIS MALAYSIA LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI ANDA DI MANA MANA PLATFORM YANG ANDA ADA TIDAK KIRA DARI TWITTER, FACEBOOK, BLOG DAN SEBAGAINYA SUPAYA PIHAK KERAJAAN AKAN PRIHATIN DENGAN KEADAAN DAN TAHU MASALAH DALAM INDUSTRI KITA!!!
Setahu aku la... kalau orang yang memegang passport sebagai pelawat di Malaysia ni tak boleh bekerjakan? macam mana artis luar ni boleh bekerja di Malaysia? dan satu lagi kalau dapat permit kerja untuk bekerja di sini, siapa yang menyokong mereka ni? produksi? atau station TV? untuk kepentingan peribadi ke atau kepentingan industri yang tak cukup ARTIS? hmm... susah nak jawab jadi pihak kerajaan tolong tolong lah cek artis luar ni diorang datang sini bercuti ke? atau bekerja pakai pas pelawat.... pihak immigration tolong tolong lah cek ye jangan makan gaji buta je.
Kesian aku tengok artis malaysia ni, nak demand sikit pun tak boleh tapi artis luar kalau demand terus bagi, untungnya jadi artis luar. itu belum termasuk kalau dah kumpul duit banyak banyak kat MALAYSIA pastu duit diorang pegi ke mana? tak bawak semua ke negara diorang ke? rosak ekonomi Malaysia! haii... macam macam.. Ada pulak ARTIS LUAR ni dah la cari makan kat sini boleh BERLAGAK pulak tu dengan ARTIS MALAYSIA. HEBATNYA KORANG NI!!! WELL DONE!!!
Jadi tolong tolong beringat sesama sendiri YANG MENJATUHKAN BANGSA KITA ADALAH BANGSA KITA SENDIRI. Nak menyokong ARTIS LUAR tak salah... cuma perlu diingatkan ARTIS MALAYSIA MESTI DI BERI KEUTAMAAN DULU!!! Aku sebenarnya bukan tak puas hati siapa menang siapa kalah, cuma aku perlu menegakkan HAK HAK ARTIS MALAYSIA di MALAYSIA ni. itu je... lepas ni aku nak CADANGKAN kalau nak buat apa saja ANUGERAH contohilah FESTIVAL FILEM MALAYSIA, syaratnya yang bertanding MESTI dan WAJIB ORANG MALAYSIA yang mempunyai MYKAD. jadi renung-renungkan dan selamat malam.
Apa yang korang rasa bila baca blog tersebut? Saya setuju tapi dalam masa yanng sama saya juga minat Aaron Aziz & banyak lagi artis luar.. Sekadar minat tak apa tapi jangan lah melebih2kan mereka lebih dari rakyat MALAYSIA sendiri.. Sama la ibarat kan ada seorang "maid" berkerja di MALAYSIA yang sangat cantik nak ke kita nobatkan dia sebagai Wanita Tercantik Di MALAYSIA????
P/S : - Citer ni dah agak basi dah tapi tak peduli nak juga kongsi pendapat...
- Jangan lupa ye tengok CINTA BUAT EMELDA TV3 7pm...
:-)
No comments:
Post a Comment