Menjaga anak perempuan tak semudah menjaga anak lelaki. Kalau kita baca kat newspaper ke mana2 banyak yang berlaku pada anak perempuan membuatkan saya jadi takut. Tapi apa pun saya cuba jadi Mama yang baik buat Putri agar dia sentiasa beringat untuk melakukan sesuatu. Amin.
Walaupun Putri dah hampir mencecah 2tahun tapi saya masih rasa yang saya gagal untuk mendidik dia menjadi anak yang dengar kata. Tak tahu la kalau memang itu perangai budak2 sebab diaorang masih tak tahu nak berfikir mana yang baik @ buruk. Memang budak2 ni susah nak dengar kata eh?
Putri suka membaling apa sahaja kalau dia tak dapat apa yang dia nak.
Pernah sekali tu kitaorang gi Pasar Malam Putri nak beli laptop mainan RM15.00 tapi saya tak bagi jadi dia pun campak laptop 2 dan jalan. Tak geram ke? Bukan tak nak belikan cuma kita nak cari yang lebih baik macam yang sekarang Putri ada Leaptop yang kami belikan lebih bagus banyak yang dia boleh belajar. Jadi sekarang ni kalau dia baling barang saya akan gertak dia dengan hanger. Dia takut. Ha tau pun takut. Tapi takkan kat luar nak bawa hanger @ rotan plak kan. Dia takut kalau ada hanger @ rotan je kalau tak ada dia lupa jadi dia akan buat hal balik! Jadi macamana nak buat?
Takkan nak selalu marah @ pukul tangan dia. Tengok sama je. Saya pun tak tahu nak buat apa jadi minta la pendapat orang. Ini apa yang sepupu saya berikan (Kak Tuty).
Mungkin ada betulnya juga jadi saya akan cuba apa yang dicadangkan. Putri terlalu kecil untuk jadi apa yang saya nak. Ini adalah masa untuk dia bermain & ikut apa yang berlaku disekeliling dia. Dia masih tak dapat bezakan yang mana baik @ buruk.
Maafkan Mama kerana mengharapkan lebih dari kemampuan Sayang. Sepatutnya Mama yang kena jadi lebih penyabar dalam membesarkan Sayang.