Thursday, 19 April 2012

SAMPAI HATI AYAH!!!


Putri makin ngada2 tau skang... Tak boleh la ayah cakap suara tinggi sikit mula la tu nangis padahal tak ada apa2 pun saje je nak menyakat... Ayah memang suka tengok putri nangis.. Sakit hati la tu Putri tak mesra alam ngan dia... Hu3!!!



Nangis2 pandang mama, nak suruh pujuk le tu...


Mak ai sedihnya kena marah macam kena pukul plak...


Ala la la kesian nya, meleleh2 air mata tak kurang juga air liur tu...



Aik dah ok ke? Alah comelnya kete.. Sesuai la tu ngan sayang kan...

Wednesday, 18 April 2012

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2012


Sape tengok Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 8th April 2012 di TV3? Sape minat Aaron Aziz??? Giler tak minat handsome 2, dah la handsome kacak lagi, dah la kacak pandai berlakon lagi... Zed Zaidi pun apa kurangnya...  :-)  Aaron Aziz menang Anugerah Bintang Paling popular 2012.. Aaron memang layak menang sebab lakonan dia memang mantap dalam Ombak Rindu, KL Gangster, Nora Elena, Pisau Cukur, Emil Emilda dan banyak lagi la & setiap lakonan nya memberi kesan kepada penonton... Tapi rasanya ada yang lebih layak contohnya Shahiezy Sam kerana kalau kita tengok banyak juga dia berlakon Filem & lakonan dia pun tak kurang hebatnya... Tak pun Adi Puta.. Syamsul Yusof pun ok juga... Angah Raja Lawak pun boleh tahan juga, dah glamour dah dia banyak berlakon filem tu.. Zizan & Johan Raja Lawak tak best ke?? Best apa, lagi kelakar... Maya Karin pun ok sebab lakonan dia dalam Ombak Rindu "power", Cun pun menarik juga... Alah siapa sahaja la janji WARGANEGARA MALAYSIA...


Ye la ini kan pengikhtirafan untuk artis-artis MALAYSIA yang dah berkerja keras.. Bagi la mereka peluang untuk merasa "Anugerah" setelah apa yang mereka buat untuk menghiburkan kita semua... Memang la artis luar pun banyak membantu dalam menaikkan Industri Perfileman MALAYSIA tapi cukup la rasanya mereka sekadar menumpang mencari rezeki daripada negara kita... Mereka dapat duit daripada kerja nya & kita dapat hiburan daripada lakonan mereka.. Tapi "Anugerah" kita beri peluang kepada rakyat MALAYSIA.. HIDUP MALAYSIA!!!!


Tak banyak sedikit saya setuju dengan Zed Zaidi... Bukan dia dengki pada Aaron tapi kita sebagai rakyat MALAYSIA akan lebih berbangga jika rakyat MALAYSIA sendiri yang dapat Anugerah Bintang Paling Popular... Dah tentu la Anugerah tersebut di buat di MALAYSIA & dari MALAYSIA... Kita haruslah menyokong warganegara MALAYSIA kan.. Sedikit cebisan dari blog Zed Zaidi http://zedzaidi.blogspot.com/


WAHAI.. ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA...!! KITA DI JAJAH SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI? SIKIT SIKIT ARTIS LUAR MASUK, TAK KIRA YANG BUAT KONSERT TERMASUK YANG BERLAKON, BELUM CAMPUR JADI PENGACARA LAGI? HMMM... DI MANA ARTIS MALAYSIA NI? MEMANG PERSAINGAN ITU SIHAT, TAPI SIHAT KE KITA DI NEGARA SENDIRI? KEPADA ARTIS MALAYSIA LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI ANDA DI MANA MANA PLATFORM YANG ANDA ADA TIDAK KIRA DARI TWITTER, FACEBOOK, BLOG DAN SEBAGAINYA SUPAYA PIHAK KERAJAAN AKAN PRIHATIN DENGAN KEADAAN DAN TAHU MASALAH DALAM INDUSTRI KITA!!!

Setahu aku la... kalau orang yang memegang passport sebagai pelawat di Malaysia ni tak boleh bekerjakan? macam mana artis luar ni boleh bekerja di Malaysia? dan satu lagi kalau dapat permit kerja untuk bekerja di sini, siapa yang menyokong mereka ni? produksi? atau station TV? untuk kepentingan peribadi ke atau kepentingan industri yang tak cukup ARTIS? hmm... susah nak jawab jadi pihak kerajaan tolong tolong lah cek artis luar ni diorang datang sini bercuti ke? atau bekerja pakai pas pelawat.... pihak immigration tolong tolong lah cek ye jangan makan gaji buta je.

Kesian aku tengok artis malaysia ni, nak demand sikit pun tak boleh tapi artis luar kalau demand terus bagi, untungnya jadi artis luar. itu belum termasuk kalau dah kumpul duit banyak banyak kat MALAYSIA pastu duit diorang pegi ke mana? tak bawak semua ke negara diorang ke? rosak ekonomi Malaysia! haii... macam macam.. Ada pulak ARTIS LUAR ni dah la cari makan kat sini boleh BERLAGAK pulak tu dengan ARTIS MALAYSIA. HEBATNYA KORANG NI!!! WELL DONE!!!

Jadi tolong tolong beringat sesama sendiri YANG MENJATUHKAN BANGSA KITA ADALAH BANGSA KITA SENDIRI. Nak menyokong ARTIS LUAR tak salah... cuma perlu diingatkan ARTIS MALAYSIA MESTI DI BERI KEUTAMAAN DULU!!! Aku sebenarnya bukan tak puas hati siapa menang siapa kalah, cuma aku perlu menegakkan HAK HAK ARTIS MALAYSIA di MALAYSIA ni. itu je... lepas ni aku nak CADANGKAN kalau nak buat apa saja ANUGERAH contohilah FESTIVAL FILEM MALAYSIA, syaratnya yang bertanding MESTI dan WAJIB ORANG MALAYSIA yang mempunyai MYKAD. jadi renung-renungkan dan selamat malam.


Apa yang korang rasa bila baca blog tersebut? Saya setuju tapi dalam masa yanng sama saya juga minat Aaron Aziz & banyak lagi artis luar.. Sekadar minat tak apa tapi jangan lah melebih2kan mereka lebih dari rakyat MALAYSIA sendiri.. Sama la ibarat kan ada seorang "maid" berkerja di MALAYSIA yang sangat cantik nak ke kita nobatkan dia sebagai Wanita Tercantik Di MALAYSIA????



P/S : - Citer ni dah agak basi dah tapi tak peduli nak juga kongsi pendapat...
        - Jangan lupa ye tengok CINTA BUAT EMELDA TV3 7pm...
           :-)

Monday, 16 April 2012

RASHES AGAIN & AGAIN!!!




Hai, x tahu la nak cakap apa kan... Ni Put3 kena rashes lagi!! Kesian dia, meraung dia bila nak cuci lepas buang air.. Buang air je nangis... Siap cakap " Akit... Akit... Akit... (Sambil peluk mama) " .... Rasa macam nak ikut nangis je... Kesian kan... Sabar ye sayang, mama tengah ikhtiar cari baby sitter lain..


Dari bayi Put3 pakai Drypers x ada apa2 pun, sekarang je!!! Dulu kakak saya ada try kan Put3 Pampers brand, memang bagus la Pampers tu nipis tapi bagus... Jadi terpaksa la beli Pampers tu, hopefully lepas ni ok la... Sebenarnya kalau pakai pampers yg mahal skali pun tapi kalau dah x tukar biar je perap ngan air kencing 2 lama2 x ke melecet & rashes kulit tu.... Mmmmmmm...


Apalah orang yang jaga ni kan... X tahu ke nak jaga elok2 & sayang macam anak sendiri... 2 la jaga lagi ramai budak2 tengok dah anak orang lain terbiar & x kemas... Nak cari duit 2 berpada2 la kak oi, bukan orang dengki awak 2 dapat jaga banyak budak income pun masyuk tapi tengok apa dah jadi kat budak2 bila diaorang terabai???? Kesian kan la sikikit kat budak2 ni ha...






Pampers brand for Putri Nur Suhaily

KENANGAN 25.1.2011


Rasanya inilah saat2 yang x dapat dilupakan... Pengalaman yang sangat manis walaupun agak menyakitkan... 25.1.2011 inilah tarikh aku melahirkan Putri Nur Suhaily...

24.1.2011, 10am dah keluar cecair macam air kencing, masa tengah tengok tv ngan suami ingat kan terkencing rupa2nya cecair macam air ketuban, darah pun ada keluar sikit... Bagitahu la mak, mak cakap pergi la Hospital kang terberanak kang susah plak.. Sipa2 la gi Hospital Besar Melaka. Alah biasa la procedure Hospital lama sikit kan, lagi2 lau dia tengok kita ni rileks je lagi la lambat nak check... Nak tukar baju Hospital, check berat, urine test, check "jalan", check perut dll...

Doctor check semua ok air ketuban pun normal, "jalan" pun x buka lagi tapi Doctor kata x pe kita tengok dulu dalam masa 24 jam lau "jalan" x buka kita paksa ye la takut apa2 jadi kat baby.. 6pm nurse check jalan x buka lagi... Mula 2 rileks je la, lepas 2 pukul 9pm start dah macam kena apa, sakit tapi x pasti sakit nak apa macam sengugut tapi sait lagi... Ye la 1st time kan mana tahu...

11pm nurse check jalan dah buka 4cm patut la sakit macam apa meneran2 la kat katil terus bawa gi labour room... Ha masa kat sana memang x boleh tahan la kan sakit 2... Giler2 punya sakit.. Nurse tanya nak panggil suami x teman, mesti la nak biar dia tengok macamana kita ni nak bersalin biar insaf sikit... Dok pegang2 besi penghalang katil ni, ha suami apa lagi takut la tengok isteri dia... X abis2 dia cakap "sabar b sabar b.." Hu3!!!

3am suami dah nak keluar dah x tahan tengok keadaan isteri dia, tapi nurse check jalan dah buka 9cm, x kan la nak keluar kan x nak tengok ke? Apa lagi kaki kena ikat la, nak dok meneran puas nurse2 semua tolong tolakkan perut bagi baby keluar tapi hampeh... Rambut dah nampak tapi baby "degil" x nak keluar, saje je la 2 nak buli mama dia... Rasa macam dah habis teran dah tapi still gak x nak keluar...


3.40am surrender cakap nak vacuum, (boleh gitu? ha3!!!) bukan dah x bertenaga tapi dah give up sakit oooo.... Doctor vacuum teran 2 kali dah kluar baby mama pada pukul 4.10am... Masa nurse nak jahit 2 tanya la "kalau x nak jahit boleh x, x pe la biar baik sendiri... He3!!! Takut gak coz ramai kata sakit.." Mana la nurse nak layan kan... Nurse jahit tapi x rasa pun, tup2 je dah siap dah... Jeng2 Jeng... (Honestly memang x rasa pun masa jahit 2)


Masa ngandung semua orang kata boy, masa scan pun x nampak... Tapi bila nurse tunjuk je baby surprised la juga, ye la ngat boy nama pun cari nama boy (Aqil Affandi).. Tapi x pe la tetap bersyukur sangat sebab ALLAH beri saya peluang untuk merasa apa yang mak saya rasa masa melahirkan saya... Gembira sangat masa kali pertama tengok dia, dia tengok kita balik.. :-)  Letak dia kat dada, YA ALLAH syukur sangat2... Sakit pun hilang... Jap je dapat pegang baby ye la vacuum kan kena la letak kat nursery...



Putri Nur Suhaily (gambar diambil 25.1.2011 jam 10:40am)




Putri sekarang.. Cepat sangat membesar, rajin dah tolong mama...



P/S : Mudah2an cter mama ni dapat jadi kenangan buat sayang...

Saturday, 14 April 2012

LUAHAN HATI



Pergh menyirap betul la, minggu ni langsung x boleh nak post apa2 kat FB!! Asal ek?? Ikut kan hati ni ada yg kena baling ni kang... Ha3!!! Sampai ke hati 2 ek? Mmmmmmmm... Alah boring la macam ni... Apa pun x boleh la!!Nasib la ada blog ni kan, boleh la tulis apa2... He3!!


Lately ni selalu penat je la, x tahu la nape.. Kat keje penat keje, kat umah penat nak kemas umah, basuh baju, iron baju, urus anak lagi dll... Ingat baby dah besar boleh la lega skit tapi rasanya lagi penat ek? Adoi ai merayap sana merayap sini, dia dok kemas sana kemas sini... Nasib la kecik lagi lau x memang dah kena rotan dah!! Ha3!!!(X la sayang mama sayang baby x rotan la, tepuk tangan je lau nakal :-)  )


Kadang2 kan rasa macam nak berhenti keje je, duk umah jaga anak sendiri je senang... Tapi bila pkir balik x boleh la.. Ye la mana la boleh duduk kat KL ni kalau setakat gaji suami 2K+++ je kan... Mana la cukup itu nak bayar ni nak bayar baby lagi.. Semua guna duit... Ada botak kepala suami... Hu3!!!


Sebenarnya pompuan ni lebih baik keje, bukan apa sekurang2 nya kita x bergantung sangat pada suami kita kan... Keje ada duit sendiri, boleh beli apa yg kita nak.. (Ye ke????) Hu3!!! X de la lau keje luas la skit pemandangan kita, x la terperap je kat umah kan boring gak nanti skali skala lepak umah x pe la... Lagipun saya bukan jenis yang suka "tanam anggur", dah biasa keje cari duit sendiri independent..


Aik kat sini pun x boleh nak upload gambar... Adui boring ar macam ni!!!

Thursday, 12 April 2012

CINTA BUAT EMELDA

Setiap hari isnin-khamis 7pm mesti tengok cter CINTA BUAT EMELDA.. Best sangat!! X kira la sampai bergaduh2 ngan husb... He3!!! Dia memang dengki sebab heronya Fizo Omar, nasib baik ada 2tv... Hu3!!! Cter yang penuh ngan teladan, kasih sayang & pengorbanan.. Teladan kepada wanita agar menjaga maruah & harga diri, x semua orang boleh terima kita seandainya "perkara buruk" berlaku pada kita x ksah la samada sengaja @ x...

Cter ni mengisahkan pengorbanan seorang wanita melahirkan anak luar nikah, pengorbanan seorang adik kepada kakaknya, pengorbanan orang tua terhadap anaknya, penghormatan anak kepada ibunya, kasih seorang sahabat & pengertian seorang bekas kekasih... Cter ni boleh dikatakan cter yang memberi manfaat kepada semua orang, beri teladan & penginsafan kepada semua orang...


Cinta Buta Emelda mengisahkan kesanggupan Emelda mengorbanankan masa depannya kerana mempertahankan kakak nya Emelia... Kagum juga dengan Mikail kerana sudi menjadi kawan baik walaupun pernah dilukai... Aeril Fatah seorang lelaki yang agak baik kerana sudi bertanggungjawab walaupun sudah 7 tahun berlaku perkara yang mungkin x dijangka... Aeril juga berani melepaskan kekasih nya hanya kerana ini bertanggungjawab & menjaga Dania.. Kasihan Dania kerana dia adalah mangsa... Seorang kanak2 yang pintar & bijak tapi sayangnya adalah status dia sebagai ???????  Apa yang akan berlaku kepadanya bila besar nanti???
 
 
Pada isteri2 semua harus la bersyukur kerana diberi peluang untuk berkahwin, melahirkan anak & merasai kegembiraan walaupun kadang2 ada sedihnya.. X ada manusia yang perfect jadi kalau bergaduh skali skala 2 adat la org berumah tangga... Dari situ la kita belajar untuk menjadi lebih bagus untuk pasangan... Kerana ada wanita di luar sana yang x berpeluang berkahwin & melahirkan anak secara sah @ halal...

Pada wanita yang menjalinkan hubungan sebelum berkahwin berfikir la kerana apa yang akan berlaku selepas ini bukan untuk kamu sahaja tapi melibatkan banyak pihak... Bayangkan sekiranya bayi yang kamu lahirkan kelak adalah perempuan... Apa yang akan jadi padanya??? Bagaimana bila dia membesar & hendak berkahwin??? Bagaimana perasaan nya ketika di sekolah?? Apa yang akan kamu katakan pada bayi tersebut???

Terima kasih kepada David Teo kerana  menerbitkan Cinta Buat Emelda, adanya cter ni memberi teladan kepada semua & juga kepada pelakon yang menjayakan cter tersebut.. Cter ni sangat2 memberi kesan kepada saya. Tahniah kerana berjaya membawa watak masing2 & sampai kepada penonton.. Adik Mia Sara lakonan  adik mantap sangat, comel la adik ni... :-)

Kita harus mengambil ikhtibar dari cter tersebut... Tapi jangan la sampai kita memandang rendah pada kanak2 yang x berdosa serta kepada wanita yang menjadi mangsa lelaki yang x bertanggungjawab...

Saya bersyukur sangat kerana dikurniakan seorang suami & anak... Terima kasih YA ALLAH...




P/s : Bukan nak pandai2 bagi "ceramah" tapi terpanggil untuk berkongsi apa yang dirasa... Maaf kepada sesiapa yang x suka...


Thursday, 5 April 2012

BOTOL SUSU vs BABYSITTER!!!

Lama x jumpa.. He3!! macam boleh nampak la plak kan... Mmmmmmmm... Sebulan gak kan x update blog, alah busy la, pnat pun ye gak...

Kadang2 kan baby sitter ni jaga anak kita asal boleh je kan... bagi makan, susu, mandi dah la bukan nak jaga kebersihan keseluruhan baby... Yang dia loratkan rumah dia & anak dia agaknya!! Ye la cuba bayangkan kalau dia bagi anak2 kita pakai botol susu macam ni... macamana agaknya???


Eeeeee.. Geli la tengok....




Sedih la mama sayang tengok anak mama diperlakukan macam ni... sob sob sob....



Akhirnya buang aje la botol susu tu... Seriously geli la tengok, dah tengok geli apatah lagi minum pakai botol ni kan... Ishk ishk ishk...